Bluesky Akan Menambah Ciri Komuniti Kelak Pada Tahun Ini
Aman
Bluesky sedia memposisikan penawaran aplikasi mereka sebagai alternatif kepada aplikasi Twitter dan lain-lain. Selari dengannya, Bluesky turut menambah satu demi satu fungsi secara berperingkat, dan turut mengoptimasikannya untuk penawaran web terpencar bagi memudahkan pengguna memuat-turun data dan membawanya ke mana-mana.

Terbaru, Bluesky turut mengumumkan mereka akan menambah ciri komuniti pada aplikasi mereka tidak lama lagi. Dengan langkah ini, pengguna boleh menghasilkan komuniti atau kelompok kecil bagi perbincangan lebih akrab berbanding perbincangan secara terbuka di garis masa. Ini juga membolehkan anda mengikuti sejumlah komuniti atau topik yang anda gemari sahaja.
Tiada garis masa pengenalan dikongsikan buat masa ini. Namun, ia sesuatu yang menarik untuk melihat implementasinya dan menggunakan protokol AT yang membolehkan ia turut diakses luar aplikasi Bluesky.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.