Apple Memegang 31% Pasaran Fon Telinga dan Kepala Nirwayar Global
Effi Saharudin
Apple kini mendominasi lebih suku pasaran fon telinga dan kepala nirwayar (TWS) global pada Q1 2026 menurut laporan Smart Analytics Global (SAG) Wearable 360. TWS jenama Apple sahaja iaitu AirPods memegang 23% pasaran dengan 8% lagi ialah di bawah jenama Beats Audio Di tempat kedua ialah Xiaomi dengan pegangan 11% pasaran.

Tiada pecahan terperinci untuk pesaing lain seperti Samsung dan Sony. Tetapi dapat dilihat AirPods adalah TWS yang paling banyak digunakan walaupun dalam kalangan mereka yang tidak memiliki iPhone.
SAG meramalkan trend masa hadapan ialah penawaran TWS dalam bentuk cangkuk telinga dan klip seakan subang telinga. Menurut analisa mereka, jualan TWS jenis cangkuk telinga meningkat 48% tahun demi tahun manakala jenis klip subang telinga pula meningkat 87% tahun demi tahun. Pasaran TWS diramalkan tidak akan terjejas disebabkan krisis RAM dengan penghantaran 344 juta unit pada 2026 bersamaan peningkatan 3%.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.