Tecno Pova 8 5G Dilancarkan Dengan Alive Matrix Display Mirip Nothing
Amy Maizuraa
Tecno Pova 8 5G dilancarkan di India dengan Alive Matrix Display iaitu panel cahaya belakang yang menawarkan sehingga 49 animasi untuk panggilan, notifikasi, pengecasan dan permainan. Konsep ini mirip Glyph Interface pada Nothing Phone namun Tecno memilih gaya berwarna-warni dengan inspirasi sci-fi berbeza daripada pendekatan minimalis Nothing.

Tecno Pova 8 5G hadir dengan skrin 6.76 inci FHD+ LCD 144Hz, dipadankan cip MediaTek Dimensity 7100 bersama RAM 8GB LPDDR5X dan storan dalaman 128GB UFS 2.2. Ia menggunakan HiOS 16 berasaskan Android 16 dengan ciri AI seperti YouTube Summary, Noise Cancellation, LightMaster 2.0, Live Photos ke Instagram serta AI Health di pasaran terpilih. Tecno menjamin dua tahun kemas kini Android utama dan tiga tahun kemas kini keselamatan.

Kamera utama menggunakan sensor 50MP Sony LYT-600 dengan sokongan 2x lossless zoom manakala swafoto sebesar 13MP. Peranti ini dilengkapi bateri 8000mAh dengan pengecasan pantas 45W yang mampu bertahan sehingga dua hari. Model 6GB + 128GB dijual pada Rs. 29,999 ( kira- kira RM1,275) manakala model 8GB + 128GB berharga Rs. 31,999 (kira -kira RM1,360).