HarmonyOS 7 Diumumkan Dengan Kemampuan Ejen AI
Effi Saharudin
HarmonyOS 7 diumumkan di Huawei Developer Conference hujung lalu dengan ia mengikuti trend OS semasa menawarkan kemampuan ejen AI beroperasi terus pada peranti. Kemampuan kecerdasan buatan (AI) HarmonyOS 6.1 ditambah baik dengan pembantu maya Celia kini mengintegrasikan lebih banyak aplikasi secara natif yang boleh dikawal olehnya.

Ini menyamai kemampuan Gemini dan Siri yang kedua-duanya kini menggunakan AI untuk melakukan tugasan dengan lebih bijak serta memahami konteks. Huawei turut mengatakan HarmonyOS 7 juga adalah 15% lebih lancar berbanding versi sebelum ini.

Antara ciri yang diperlihatkan ialah Spatial Lock Screen yang menjadikan skrin kunci yang lazimnya hanya 2D kini menjadi 3D. Apabila peranti dipegang, latar belakang nampak bergerak seperti dalam ruang 3D.

Selain itu antaramuka HarmonyOS 7 juga mengambil inspirasi daripada Liquid Glass iOS 26. Pada talam tetapan panta misalnya terdapat banyak persamaan lengkap dengan ikon yang lutsinar. HarmonyOS 7 Beta sudah boleh diuji oleh pembangunan di China. Yang menjadi persoalan ialah berapa banyak elemen HarmonyOS 7 akan tiba ke EMUI kelak kerana ini ialah sistem operasi Huawei di Malaysia.