Elon Musk Sasar SpaceX Menjana Pendapatan $1 Trilion Menjelang 2030
Aman
SpaceX telah pun disenaraikan di bursa saham Amerika sejak penghujung minggu lepas, menilaikan syarikat berkenaan melangkaui $2 trilion – lebih tinggi berbanding Tesla, sekaligus memposisikan SpaceX sebagai syarikat ketujuh paling bernilai di dunia.

Walaubagaimanapun, ramai yang mempersoalkan nilai syarikat SpaceX yang ditetapkan tinggi, walaupun pendapatannya hanya $18.67 bilion sahaja pada 2025 yang lepas. Menyentuh mengenainya, Elon Musk mengatakan SpaceX dijangka menjana lebih $1 trilion dari segi pendapatan menjelang 2030 kelak.
Sasaran ini boleh dikatakan jauh lebih tinggi daripada sejumlah penganalisa yang menyasarkan pendapatan SpaceX boleh melangkaui $470 bilion menjelang 2030 kelak. SpaceX mempunyai perkhidmatan melibatkan aeroangkasa, selain menawarkan perkhidmatan internet Starlink, dan turut mempunyai platform sosial X, serta sokongan kecerdasan buatan xAI atau Grok.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.