Xbox Ingin Menutup Studio Yang Membangunkan Hellblade dan Pyschonauts
Effi Saharudin
Microsoft ingin menutup tiga studio permainan video sebagai langkah mengurangkan kos operasi Xbox Game Studio seperti yang telah diumumkan oleh CEO minggu lalu menurut laporan Bloomberg. Tiga studio tersebut adalah Double Fine yang membangunkan Psychonauts, Compulsion Games yang membangunkan South of Midnight, dan Ninja Theory yang membangunkan siri Hellblade.

Ketiga-tiga studio dipercayai akan ditutup tetapi pihak pengurusan studio melakukan perbincangan dengan Xbox untuk membenarkan mereka dilepaskan dan bergerak sebagai studio bebas. Perbincangan masih sedang dilakukan tetapi ia akan masih melibatkan kakitangan akan dibuang kerja.
Dalam memo yang dihantar kepada kepada kakitangan minggu lalu, CEO Xbox Asha Sharma mengatakan Xbox ialah divisyen yang rosak, dibebani pelaburan gagal dan strategi bercelaru. Beliau menegaskan situasi ini tidak boleh diteruskan memberikan gambaran pembuangan pekerja pula akan dilakukan dalam masa terdekat.
Sungguhpun berbelanja besar, pendapatan tahunan merosot hampir $500 juta dalam tempoh 5 tahun. Keuntungan akan terus merosot apabila mengambil kira kos menghasilkan konsol meningkat disebabkan krisis RAM .