Facebook Juga Mempunyai AI Mode Untuk Mencari Jawapan Seperti Google Search
Effi Saharudin
Selain tidak boleh lari daripada serangan iklan apabila berada di atas talian, anda juga tidak boleh lari daripada kecerdasan buatan (AI) yang semakin diintegrasikan dalam semua aplikasi harian. Meta pagi ini mengumumkan ciri AI Mode di dalam Facebook yang digunakan untuk mencari jawapan kepada persoalan yang terbuku di hati pengguna.

AI Mode menggunakan kuasa Meta AI untuk mencari jawapan kepada soalan yang diberikan berdasarkan kandungan yang dimuat naik di Facebook, Reels dan Groups. Meta berkata jawapan yang dirasakan paling relevan berdasarkan pendapat pengguna lain dapat diberikan berbanding keputusan menggunakan enjin carian.

Selain AI Mode, turut diperkenalkan ialah kemampuan menjana video montaj pantas berdasarkan kandungan galeri kamera dan juga mengubah baju dipakai dalam gambar menjadi jersi pasukan bola sepak Piala Dunia 2026. Kedua-dua ciri ini turut menggunakan Meta AI untuk melakukan tugasan yang sebelum ini perlu dilakukan secara manual secara automatik.