Mod Simulator Penerbangan Kini Boleh Dimainkan Dalam Google Earth
Effi Saharudin
Banyak maklumat menarik boleh diakses menerusi Google Earth seperti peta topografi dan melihat perubahan muka bumi menggunakan data terkumpul berdekad lamanya. Kini, Google Earth menambah ciri Flight Simulator yang membolehkan anda terbang di dalam peta gergasi sebesar bumi.

Mod simulator penerbangan ini baru sahaja dilancarkan di peringkat percubaan. Pilih destinasi mula dan kemudian kawal pesawat secara maya menggunakan anak panah papan kekunci. Ciri hanya boleh diakses menggunakan Google Earth versi web sahaja pada waktu ini. Ia boleh diakses menerusi pautan di bawah.
Di laman Google Eath pergi ke menu Tools (alatan) dan pili Flight Simulator menerusi menu yang diberikan. Ia hadir dengan ikon kapal terbang yang jelas kelihatan. Untuk pengalaman terbaik cari kawasan peta dengan bangunan 3D seperti bandaraya utama dunia.
Sumber – Google Earth
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.