AEON Bank Tampilkan AI Neko Sensei Sebagai Mentor Pengurusan Kewangan Celik Ringgit
Penulis Tamu
Dewasa ini kita dapat melihat pelbagai urusan harian dikuasakan kecerdasan buatan (AI). Fungsi dan ciri AI ini telah dapat memperkaya banyak perkara, disamping memudahkan urusan harian. Pencarian informasi kini lebih mudah, malah penghasilan karya juga turut diberikan sentuhan input analisa. Jika fungsi sebegini diterapkan dalam urusan kewangan, pastinya ia lebih praktikal dan bermanfaat.Menyedari potensi tersebut, AEON Bank telah menampilkan Neko Sensei (ねこ先生) iaitu mentor pengurusan kewangan peribadi dengan objektif memberikan cerapan perbelanjaan serta mencetuskan kesedaran dalam pengurusan bajet yang lebih proaktif menerusi aplikasi perbankan digital AEON Bank.

Neko Sensei direka untuk mendorong pelanggan menguasai tips bijak berbelanja dan menggalakkan anda untuk lebih peka dan proaktif menguasail bajet menerusi panduan pengurusan kewangan praktikal. Ia ibarat sahabat bajet atau perancang kewangan yang dapat membantu menterjemahkan data atau persoalan kewangan rumit kepada maklumat atau tips yang mudah diguna pakai, sekali gus membantu anda mengurangkan ketirisan kewangan, serta menggandakan wang simpanan.

Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa namanya Neko Sensei? Neko merupakan maskot ikonik AEON Bank dan Neko ialah perkataan Bahasa Jepun bermaksud kucing. Perkataan Neko digabungkan dengan perkataan Sensei yang boleh diterjemahkan sebagai pakar yang bernas, bijak dan berpengalaman, ataupun juga guru, mentor dan penasihat. AEON Bank menggabungkan ketelitian kewangan dan antara-muka pengguna (user interface)yang intuitif, justeru menjadikan Neko Sensei lebih mesra pelanggan.
Bersembang Dengan Neko Sensei Untuk Memperkaya Daya Celik Ringgit Anda
Para pelanggan aktif AEON Bank pastinya sedar akan fungsi Neko Sensei yang kini boleh diakses menerusi ikon ‘Neko Sensei’ berupa kucing pada bahagian atas aplikasi tersebut. Menggunakannya, anda boleh kemukakan sebarang pertanyaan mengenai kewangan, atau tentang bajet, mahupun senario tahap kemampuan sebelum membeli produk impian.

Dengan terdapatnya soalan-soalan contoh yang disediakan, anda dapat mengetahui analisa yang dijana, lantas membantu mengupas klu (clue) demi memperbaiki status kewangan, menggandakan simpanan, serta mengenalpasti cara untuk elakkan kebocoran bajet.
Anda boleh layari antara-muka (interface) seakan-akan teman sembang kewangan a’la GenAI. Ia dikuasakan oleh teknologi pemprosesan bahasa semula jadi (natural language processing) yang canggih.
Sesuai untuk demografi majmuk di Malaysia, Neko Sensei boleh diakses dalam Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu. Dalam contoh dibawah, walaupun anda seolah sedang bersembang dengan Neko Sensei, ia masih memahami konteks perbualan, lalu mencadangkan beberapa langkah untuk penyelesaian kewangan anda. Contohnya, anda boleh tanya Neko Sensei,”Saya nak beli kereta kedua bulan November tahun ini, tolong cadangkan cara nak kawal bajet supaya saya boleh gandakan simpanan dan kurangkan perbelanjaan yang boros.” Kemudian, Neko Sensei akan menganalisa rumusan data kewangan anda dan cadangkan tindakan praktikal yang mudah dilaksanakan oleh anda. Atau mungkin anda ingin tahu tentang tips untuk rebut ganjaran sedia ada,”Neko Sensei, macamana nak gandakan AEON Points sampai tahap 800,000 mata ganjaran dengan guna Debit Card-i, sebab saya nak tebus AEON Points jadi cashback lumayan.”
Seperti yang dipaparkan di atas, Neko Sensei juga mampu mencadangkan produk-produk AEON Bank yang sesuai dengan rentak kewangan anda, lantas memungkin gandaan keuntungan yang paling maksimum.

Sekiranya anda ingin menukar pilihan bahasa di aplikasi AEON Bank, hanya perlu klik pada ikon ‘Settings | Tetapan’ di bahagian atas kiri, kemudian klik ‘Change Language | Pilih Bahasa’.
Analisa Neko Sensei Membantu Melihat Corak Perbelanjaan Anda
Selain dari berbual dengan Neko Sensei, ia juga turut berkebolehan menganalisa corak perbelanjaan anda. Justeru jika anda sedang merancang kewangan anda, dengan mudah anda dapat melihat paparan perbelanjaan, dan juga maklumbalas dari Neko Sensei berkenaan perbelanjaan anda. Mungkin anda dapat lihat terdapat tempoh anda berbelanja untuk barangan runcit dengan banyak, atau melakukan pembelian atas talian yang berlebihan.

Paparan transaksi ini juga akan diasingkan mengikut bulan dan juga kategori perbelanjaan, justeru anda sememangnya dapat melihat corak penggunaan, anomali, dan sekiranya corak kewangan anda merupakan satu corak yang tidak sihat. Kesemua maklumat sebegini dapat dipaparkan Neko Sensei bagi membantu anda melakukan perbelanjaan yang lebih berhemah.
Gunakan Neko Sensei Untuk Terokai Ciri Perbankan Dinamik AEON Bank

Terkadang, tidak seperti subjek di persekolahan, kesedaran mengenai kewangan tidak diajar dalam kurikulum pembelajaran. Oleh itu ramai antara rakyat yang kadangkala terjerut dengan masalah kewangan, atau merasa malu untuk mendapatkan nasihat serta tidak pasti di mana boleh dapatkan informasi yang berguna. Dengan adanya Neko Sensei ini, anda bukan sahaja ‘bersembang’ mengenai transaksi anda, anda juga dapat melakukan perkara setapak lebih kehadapan dengan mengetahui perkara-perkara asas kewangan. Terma-terma seperti Fixed Deposit, Perjanjian Sewa Beli, keuntungan tahunan, semua ini dijelaskan dengan mudah menerusi Neko Sensei. Jadi tiada sebarang halangan bagi anda mendapatkan informasi sebegini.
Bagi produk berasaskan deposit yang layak di bawah AEON Bank dan AEON Bank Biz, antaranya Akaun Simpanan-i, Savings Pot, Deposit Bertempoh-i, Akaun Semasa Perniagaan-i dan Biz Term Deposit-i, deposit tersebut dilindungi sehingga RM250,000 bagi setiap pendeposit. AEON Bank ialah ahli Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) dan perlindungan deposit tersebut adalah automatik dan percuma. Untuk maklumat lanjut, layari laman PIDM.
Dengan adanya Neko Sensei, ia meletakkan AEON Bank yang juga merupakan bank digital patuh syariah pertama di Malaysia setapak lagi kehadapan dalam membantu anda menguruskan kewangan. Muat-turun aplikasi AEON Bank dan cubalah Neko Sensei hari ini.
Neko Sensei boleh diakses dengan mudah menerusi aplikasi AEON Bank, di samping pelbagai fungsian dan ciri-ciri dinamik yang membuatkan aktiviti perbankan mudah dan santai.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web AEON Bank dan kenali AI Neko Sensei dengan lebih dekat. Atau lebih mudah, memuat turun aplikasi AEON Bank dan cuba berbual celik Ringgit dengan AI Neko Sensei.
.
Penafian : Ini adalah advertorial oleh AEON Bank