Telegram Disekat Di India Sehingga 22 Jun Selepas Soalan Peperiksaan Tertiris
Effi Saharudin
Perkhidmatan Telegram telah disekat oleh pihak berkuasa India sehingga 22 selepas platform digunakan oleh sindiket terancang untuk menyebarkan soalan peperiksaan Kelayakan Kebangsaan merangkap Ujian Kemasukan (NEET) yang tertiris. NEET ialah peperiksaan kemasukan universiti untuk pelajar perubatan dan pergigian. Bulan lalu kerajaan membatalkan keputusan 2.3 juta pelajar selepas wujud dakwaan soalan peperiksaan tertiris.

Peperiksaan akan diadakan semula pad 21 Jun ini dan sekatan ke atas Telegram ialah langkah mengelakkan penipuan berlaku sekali lagi. Selain aplikasi disekat, India meminta Telegram menghalang ciri menyunting mesej untuk pengguna tempatan sehingga 22 Jun. Google dan Apple pula diarahkan membuang aplikasi daripada Play Store dan App Store untuk sementara waktu.
Sekatan menerima bantahan Yayasan Kebebasan Internet (IFF) kerana didakwa tidak sah dari segi undang-undang serta memberikan kesan kepada pelajar yang bergantung pada Telegram untuk belajar dan mendapatkan bahan ulang kaji menjelang peperiksaan.
CEO Telegram, Pavel Durov pula mengatakan sekatan hanya menghukum lebih 150 juta pengguna biasa di India sementara pihak yang meniriskan soalan peperiksaan masih bebas serta berpindah ke platform lain.