TikTok Shop Mengurangkan Caj Yuran Komisen Untuk Beberapa Kategori Barangan Keperluan
Aman
Dari tahun ke tahun, kita sedia melihat TikTok meningkatkan kadar yuran komisen mereka untuk penjual di platform TikTok Shop. Namun, kini TikTok membuat kejutan dan mengumumkan akan mengurangkan caj yuran komisen untuk beberapa kategori melibatkan barangan keperluan harian dan kategori penting.
Bermula 20 Jun 2026, antara kategori yang akan dikurangkan caj komisen adalah termasuk perubatan, penjagaan hidung & mulut, susu & tenusu, makanan segera, dan juga untuk penyusuan & pemakanan.
TikTok menyatakan dengan mengurangkan caj yuran komisen ini, ia dijangka akan terus melindungi margin untuk penjual, selain pada masa yang sama memastikan kelangsungan operasi pekedai dan menawarkan harga yang kompetitif.
TikTok Shop juga mengekalkan kadar 0% yuran komisen untuk kategori barangan dibawah Penaik, Makanan Sejuk Beku, dan juga Keperluan Ruji & Memasak.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.