RTM Mengatakan Telah Perkukuh Infrastruktur RTMKLIK Dalam Menghalang Akses Guna VPN Oleh Pengguna Luar Negara
Aman
RTM sedia menyediakan siaran Piala Dunia FIFA 2026 secara percuma untuk pengguna di Malaysia, melalui perkhidmatan penstriman RTMKLIK. Siaran ini ditujukan dan disediakan untuk pengguna Malaysia, namun terdapat sejumlah pengguna dari luar yang turut mengaksesnya melalui penggunaan rangkaian persendirian maya atau VPN.

Selepas tular di internet berkenaan hal ini baru-baru ini, kini RTM memaklumkan mereka telah memperkukuh infrastruktur keselamatan digital, dalam melindungi hak siaran dan pelaburan industri kreatif negara. Ia tidak dinyatakan buat masa ini sama ada RTM telah mengekang sepenuhnya penggunaan VPN untuk mengakses perkhidmatan berkenaan atau tidak. Pihak RTM melalui siaran, menyatakan mereka perkukuh keselamatan RTMKLIK melalui kawalan geolokasi pelbagai lapisan.
Langkah ini juga dikatakan adalah selari dalam mematuhi syarat pelesenan dan juga hak penyiaran yang ditetapkan. RTM turut menyatakan mereka akan terus memastikan RTMKLIK kekal stabil dan memberikan pengalaman tontonan yang optimum.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.