Naik Taraf GTA V Ke Versi Konsol Moden dan PC Diberikan Secara Percuma
Effi Saharudin
Rockstar Games menawarkan naik taraf Grand Theft Auto V (GTA V) secara percuma untuk pemilik permainan versi PlayStaion 4 dan Xbox One hari ini. Menerusi tawaran ini, versi PlayStation 5 dan Xbox Series X|S boleh dimiliki secara percuma tanpa perlu dibeli seperti sebelum ini asalkan permainan adalah dalam bentuk digital sahaja.

Versi konsol terkini memberikan peningkatan visual dan prestasi berbanding versi konsol generasi terdahulu. Kesemua data permainan juga boleh dipindahkan ke versi baharu. Selain pemain di konsol, pemain GTA V di PC turut menerima naik taraf percuma ke Enhanced Edition dengan kualiti grafik lebih tinggi.
Langkah Rockstar Games ini dilihat sebagai petanda mereka mungkin menamatkan sokongan GTA Online untuk PS4/Xbox One, seperti yang berlaku pada PS3/Xbox 360 pada tahun 2021. Walaupun GTA VI akan dilancarkan pada 19 November, sokongan untuk GTA V yang sudah berusia 13 tahun masih diteruskan kerana ia menjana ratusan juta dolar kepada Take Two Interactive menerusi GTA Online
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.