Trump Mengatakan Apple Bersetuju Bekerjasama Dengan Intel Untuk Rekabentuk Dan Pengeluaran Cip
Aman
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini mengatakan Apple telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Intel dalam merekabentuk dan mengeluarkan cip bagi peranti mereka. Ini juga dijangka akan membolehkan Apple mengurangkan kebergantungan terhadap TSMC untuk pengeluaran cip.
Dengan kerjasama ini juga, ia akan memastikan Intel mempunyai kontrak pengeluaran jangka masa panjang, sementara Apple pula boleh mengalihkan sejumlah pengeluaran ke Amerika Syarikat dan tidak bergantung ke luar, terutamanya China dan sekutunya.
Buat masa ini, Intel dan Apple masih tidak mengeluarkan kenyataan rasmi. Untuk makluman juga, kerajaan Amerika mempunyai pegangan sekitar 10% pada syarikat Intel.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.