Pelabur Awal Manus Rancang Membeli Kembali Syarikat Daripada Meta Pada Nilai $2 Bilion
Aman
Manus merupakan salah satu firma kecerdasan buatan yang sedia menempa nama melalui penawaran ejen AI yang membolehkan anda mengoptimasikannya dalam melakukan sejumlah tugasan. Malah, ia telah diambil-alih oleh Meta pada nilai $2 bilion sebelum ini.

Namun, pengambil-alihan berkenaan tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa China, membuatkan kini proses pembatalan pengambil-alihan berlaku. Menurut laporan awal kini, sejumlah pelabur awal pada Manus kini merancang untuk mengeluarkan duit dan mengambil-alih kembali Manus daripada Meta.
Antara nama yang disebut adalah termasuk Tencent, HSG dan juga ZhenFund. Mereka dijangka membeli kembali pada nilai $2 bilion – sama seperti yang dibayar oleh Meta sebelum ini.
Manus sejak diambil-alih oleh Meta telah berkembang secara sihat, dan pendapatannya sahaja dikatakan telah meningkat sekitar 4 ke 5 kali ganda berbanding sebelum diambil-alih Meta. Dengan perubahan baharu ini, ia dijangka akan memberikan lebih keuntungan kepada pelabur awal Manus dalam mengambilnya kembali.
Pada masa yang sama, ia diperkatakan Manus akan distruktur sebagai syarikat di China, dan melihat kepada penyenaraian awam di Hong Kong.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.