TechLife Pad Plus 2 Dilancarkan Di Malaysia – Cip Helio G100 Dan Harga RM899
Amy Maizuraa
TechLife telah melancarkan Pad Plus 2 di Malaysia dengan harga RM899. Tablet ini direka dengan fungsi mesra pengguna. Ia sesuai untuk mereka yang mencari peranti praktikal dengan harga yang berpatutan.

Tablet ini hadir dengan paparan 12 inci beresolusi 2000×1200 piksel serta menyokong kadar segar semula 90Hz dan kecerahan sehingga 450 nits. Ia dikuasai oleh cip MediaTek Helio G100 manakala memori terdiri daripada 6GB RAM dengan storan dalaman 128GB yang juga disertakan tambahan 4GB RAM Expansion secara maya.

Kamera belakang beresolusi 8MP manakala swafoto sebesar 5MP. Tablet ini hadir dengan bateri berkapasiti 9000mAh yang menyokong pengecasan 18W serta pengecasan berbalik 5W. Dari segi sambungan, ia menawarkan sokongan 4G LTE, Wi-Fi dan Bluetooth. Melengkapi cirinya ialah port USB-C, empat pembesar suara serta sistem operasi Android 16.

Bagi yang berminat, TechLife Pad Plus 2 sudah mula dijual bermula hari ini dan boleh didapati melalui TechLife Official Store di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Sempena pelancaran ini, Techlife turut menyediakan bundle khas untuk pembelian dari 19 Jun hingga 18 Julai 2026 dengan konsep selagi stok masih ada.