Epic Games Store Akan Dibangunkan Semula Dengan Perisian Gedung Baharu
Nazrin
Epic Games Store ialah platform pembelian permainan komputer digital yang dibangunkan oleh Epic Games yang sebelum ini dilihat menawarkan cukup banyak permainan-permainan komputer pada kadar yang mudah dan kadang-kala percuma, tetapi apabila dibandingkan dengan Steam, yang dibangunkan oleh Valve, ia mudah untuk dilihat mengapa kebanyakan gamer di seluruh dunia masih memilih Steam.
Oleh kerana ini, pihak Epic Games nampaknya sedang bersiap-sedia untuk membangunkan semula platform Epic Games Store, bukan sahaja dengan memperlihatkan rekaan serba baharu, tetapi juga untuk memastikan bahawa ia akan hadir dengan prestasi yang jauh lebih baik berbanding dengan penawaran sedia-ada.

Epic Games telah memperlihatkan pembentangan baru untuk Epic Games Store, yang mana dalam tempoh 12 bulan yang akan datang, para pembangun syarikat tersebut akan memperkenalkan pelbagai ciri-ciri baru dan juga penambahbaikan dari segi prestasi prestasi supaya perisian tersebut boleh digunakan secara lancar tanpa mengambil kira spesifikasi komputer.

Selain daripada mereka semula bahagian hadapan gedung, Epic Games juga akan memperkenalkan laman khusus untuk kemaskini permainan terbaru, kemaskini kepada navigasi aplikasi dan simpanan permainan pengguna, pemberian hadiah kepada pengguna-pengguna lain, dan peningkatan prestasi 5 kali lebih pantas apabila memulakan aplikasi untuk pertama kali, dan 6.5 kali apabila diaktfikan semula daripada dulang sistem.

Pembangunan semula Epic Games Store akan dilakukan secara berperingkat, dan akan hadir dengan fasa ujian beta untuk mengambil kira pengalaman pengguna dan memperlihatkan sama ada penambahbaikan tambahan perlu dilakukan untuk pengalaman yang lebih baik lagi.