Google Calendar Kini Memberikan 200 Pilihan Warna Untuk Acara
Effi Saharudin
Saya gunakan Google Calendar setiap hari untuk melihat acara yang akan berlaku dalam masa terdekat dengan ia dikongsi dengan semua rakan sepejabat. Tetapi Calendar sejak sekian lama hanya menawarkan pilihan 24 warna sahaja apabila saya memasukkan acara. Akibatnya apabila aplikasi dibuka, penggunaan warna yang berulang-ulang menyukarkan proses mencari acara tertentu.

Minggu ini akhir Google Calendar dikemaskini dan ciri Custom Event Colors akhirnya menawarkan 200 pilihan warna yang lebih pelbagai. Secara lalai hanya 24 warna sedia ada dipaparkan dalam pilihan Custom Event Colors. Warna lain boleh digunakan dengan menekan ikon color picker baharu.
Dengan pilihan warna yang lebih banyak, warna tertentu boleh diberikan kepada ahli pasukan di pejabat atau membezakan acara untuk kerja ataupun peribadi. Kemas kini pilihan 200 warna baharu ini diberikan secara berperingkat menerusi Google Workspace bermula 17 Jun.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.