Instagram Membolehkan Setiap Gambar Dalam Carousel Mempunyai Kapsyen Tersendiri
Amy Maizuraa
Kemaskini baharu Instagram kini membenarkan setiap gambar atau video dalam Carousel mempunyai kapsyen tersendiri. Dengan adanya fungsi ini, pengguna boleh menulis kapsyen berbeza bagi setiap kandungan sekali gus menjadikan pengalaman berkongsi lebih bebas dan kreatif.

Penambahbaikan ini dianggap lebih baik berbanding sebelum ini kerana semua kandungan dalam carousel hanya berkongsi satu kapsyen utama. Seterusnya, ia turut membolehkan setiap kandungan disampaikan dengan konteks yang lebih jelas serta tersusun.

Penggunaannya juga mudah kerana anda hanya perlu mencipta sebuah Carousel, kemudian mengetik pada ruang kapsyen dan klik pada ikon anak panah disediakan untuk mengaktifkan Multiple Captions. Selepas itu, setiap paparan boleh diberikan kapsyen berbeza. Fungsi ini sedang dilancarkan secara berperingkat sepanjang minggu ini.
sumber – Instagram