CMF Tidak Akan Mengeluarkan Telefon Baharu Tahun Ini Disebabkan Harga RAM Tinggi
Aman
CMF, subjenama di bawah Nothing kini menyatakan mereka tidak akan mengeluarkan telefon baharu pada tahun 2026 ini. Hal ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga memori yang tinggi, membuatkan ia sukar untuk hadir dengan telefon pada harga bajet atau kompetitif.
Salah satu sebab peningkatan kos ini adalah kerana permintaan yang tinggi dalam industri kecerdasan buatan, sekaligus membuatkan pengeluar lebih mengutamakan penghasilan untuk industri berkenaan berbanding dengan telefon pintar dan peranti lain.

CMF berkongsi, dengan harga pasaran semasa, sekiranya mereka hadir dengan telefon berspesifikasi sama dengan CMF Phone 2 Pro, harga kosnya dijangka lebih tinggi 50% berbanding sebelum ini.
Perkongsian baharu ini hadir selepas hanya beberapa hari selepas Carl Pei, CEO Nothing mengatakan yang RAM kini adalah komponen yang paling mahal dalam telefon pintar berbanding cip pemproses, dan skrin.
Dengan langkah CMF ini, mungkin kita akan melihat jenama telefon lain turut mengambil langkah sama untuk penawaran peranti segmen bajet mereka. Setakat ini ASUS yang paling awal mengesahkan tiada telefon pintar baharu tahun ini kerana sukar mendapatkan bekalan RAM untuk peranti mereka.