LineShine Dari China Merampas Status Superkomputer Terpantas Dunia
Effi Saharudin
LineShine dari China telah memintas El Capitan sebagai superkomputer terpantas di dunia menerusi senarai Top500 terbaru. Superkomputer ini mencatatkan 2.198 ExaFlop/s dalam ujian penanda aras HPL, menjadikan sistem pertama melepasi 2 ExaFlop menggunakan CPU sahaja. El Capitan yang kini jatuh ke tempat kedua dengan kuasa pemprosesan 1.809 ExaFlop/s.

Lineshine dibina di Pusat Superkomputer Kebangsaan Shenzhen (NSCS) dengan ia dilengkapi 13.79 juta teras CPU dengan 303 cip LX2 buatan tempatan serta menggunakan asisten operasi Kylin OS. Dengan Lineshine kini beroperasi, terdapat lima superkomputer dengan kemampuan ExaFlop di dunia. El Capitan, Frontier dan Aurora terletak di Amerika Syarikat dan Jupiter Booster pula terletak di Jerman.
Tidak diketahui apakah tugas yang dilakukan oleh LineShine untuk China. Tetapi El Capitan dibangunkan khusus untuk melakukan simulasi letupan senjata nuklear, keselamatan senjata dan tugas memodenkan senjata nuklear bagi keperluan masa depan Amerika Syarikat. Dari masa ke semasa ia juga akan digunakan bagi tujuan melakukan ujian saintifik. Di bawah ialah senarai 10 superkomputer terpantas dunia.