Elon Musk Kini Bukan Lagi Seorang Trilionwan
Effi Saharudin
Kurang dua minggu lalu, Elon Musk menjadi individu pertama mencapai status triliowan dengan kekayaan mencecah $1.1 trilion (~RM 4.5 trilion). Kekayaan duniawi beliau melonjak $200 bilion dengan sekelip mata selepas SpaceX melancarkan IPO mereka yang amat dinantikan.

Tetapi pagi ini status trilionwan Elon Musk lesap selepas saham SpaceX turun mendadak ke sekitar $155 sebuah berbanding sekitar $220 seminggu lalu. Kini Elon Musk “hanya” $951.8 bilion (~RM 3.92 trilion). Sungguhpun begitu, status beliau sebagai individu paling kaya di dunia masih kekal kerana individu kedua terkaya dunia Larry Page sekadar mempunyai kekayaan $283.3B.
Untuk melihat skala kekayaan Elon Musk, kita boleh bandingkan dengan senarai kekayaan 50 individu paling kaya di Malaysia. Individu paling kaya di Malaysia ialah Robert Kuak dengan harga sekitar $13.6 bilion. Sekiranya harta 50 individu paling kaya di Malaysia digabungkan, ia hanya mencecah nilai sekitar $116 bilion. Elon Musk masih lebih 8 kali ganda lebih kaya berbanding 50 individu paling kaya negara.