ILMUchat Perkenalkan Pelan Berbayar Pada Harga RM50 Sebulan
Aman
ILMUchat merupakan salah satu perkhidmatan memfokuskan kecerdasan buatan, yang dibangunkan oleh syarikat tempatan dengan fokus terhadap pasaran Malaysia. Ia telah ditawarkan sejak beberapa bulan yang lepas kepada umum, dan kini ILMUchat turut dilihat telah memperkenalkan pelan berbayar dinamakan ILMUchat Pro.

Dengan langkah ini, pengguna masih boleh menggunakan ILMUchat secara percuma, tetapi dengan langganan ILMUchat Pro, ia turut menawarkan sokongan pengaturcaraan tanpa had, kebolehan penjanaan poster dan dokumen pembentangan, serta akses awal kepada sejumlah ciri baharu.

ILMUchat Pro ditawarkan pada harga RM50 sebulan, dimana pengguna boleh mengaksesnya melalui web, atau turut mengaksesnya melalui aplikasi Android dan iOS.