A10 Mengambilalih TrojAI Untuk Mengukuhkan Keselamatan Sistem Dan Pembangunan Teknologi AI
Nazrin
A10 Networks hari ini mengumumkan bahawa ia telah mengambil alih TrojAI, sebuah syarikat keselamatan AI yang membantu organisasi mengawal, menguji dan mentadbir aplikasi AI dan aliran kerja agentik. Pengambilalihan ini mengukuhkan keupayaan A10 Networks untuk memberikan keselamatan AI yang berdaulat dan membantu pelanggan mengawal bagaimana dan di mana model, data dan ejen AI mereka dilindungi.
TrojAI membekalkan dua lapisan keselamatan AI: pertama ialah fungsi pasukan merah (Red Team) yang menyiasat model, ejen dan aplikasi untuk kelemahan sewaktu model sedang dibina, dan perlindungan ancaman masa nyata apabila model tersebut digunakan secara terbuka.

Melalui lapisan-lapisan keselamatan ini, tumpuan boleh diberikan kepada keselamatan data, pentadbiran aplikasi AI dan aliran kerja agentik, khususnya dalam situasi di mana ejen perisian bertindak secara autonomi. Produknya direka bentuk untuk menguji sistem AI sebelum penggunaan dan memantau ancaman sebaik sahaja ia dijalankan.
Gabungan kedua-dua A10 Networks dan TrojAI ini dilihat membolehkan organisasi-organisasi menggunakan yang menggunakan teknologi AI generatif dan agentik dengan cepat dan yakin.
Dhrupad Trivedi, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif A10 Networks mengatakan bahawa penawaran ujian dan keselamatan digital yang ditawarkan oleh TrojAI adalah sangat sesuai sekali dengan penawaran penyelesaian aplikasi dan pengoptimasian rangkaian dan penskalaan sistem yang ditawarkan oleh A10 Networks.
Berikutan pengambilalihan ini, A10 Networks dijangka akan mengintegrasikan kemampuan keselamatan TrojAI ke dalam portfolio keselamatan mereka, membolehkan pelanggan untuk menggunakan pelbagai perkhidmatan AI mereka secara selamat di mana sahaja data mereka berada.