OpenAI Mula Menawarkan GPT-5.6 Secara Terhad Untuk Rakan Kerjasama Yang Diluluskan Kerajaan Amerika
Aman
OpenAI kini telah mula menawarkan model kecerdasan buatan janaan mereka secara terhad kepada sejumlah rakan kerjasama terpilih – yang diluluksan oleh pihak kerajaan Amerika Syarikat. Model GPT-5.6 hadir dalam tiga variasi berbeza, masing-masing dikenali dengan nama Sol, Terra dan juga Luna.

Sol merupakan model paling berkuasa termasuk untuk penaakulan, Terra pula untuk prestasi setara GPT-5.5 tetapi pada harga lebih rendah, dan akhir sekali Luna merupakan model berharga rendah mereka. GPT-5.6 turut dikatakan dioptimasikan untuk era AI berejen, termasuk untuk pelbagai tugasan yang memerlukan penaakulan, dan pemikiran yang mendalam.
Ia dikatakan OpenAI mengambil langkah menawarkan ia secara terhad disebabkan oleh arahan kerajaan Amerika Syarikat, membuatkan mereka tidak menawarkannya secara meluas. Sebelum ini, Anthropic telah menawarkan Fable 5, tetapi diarahkan oleh kerajaan Amerika untuk mengarahkan model berkenaan hanya ditawarkan untuk rakyat mereka sahaja, dan diharamkan untuk rakyat luar – termasuk walaupun pekerja Anthropic.

OpenAI mengatakan mereka telah menambah beberapa ciri tambahan memfokuskan kepada keselamatan dan sekuriti, termasuk mengelak model mereka daripada di jailbreak.
Buat masa ini, ia tidak diketahui bilakah OpenAI akan menawarkan model ini secara terbuka kepada semua. Melalui kenyataan mereka, OpenAI turut menekankan yang mana mereka berharap agar proses akses dengan campur-tangan kerajaan ini tidak patut menjadi norma bergerak kehadapan.