Waze Kini Membolehkan Pengguna Malaysia Melapor Insiden Menggunakan Input Suara
Aman
Waze merupakan salah satu aplikasi navigasi popular yang digunakan di Malaysia, memudahkan pengguna mengetahui keadaan trafik semasa, dan merancang dengan baik perjalanan ke destinasi. Salah satu kelebihan pada Waze berbanding aplikasi navigasi yang lain adalah sokongan untuk pengguna sendiri melaporkan sesuatu situasi di atas jalan raya.
Selepas sekian lama menawarkan kemudahan untuk melakukan laporan dengan menekan pada butang ikon sedia ada, kini Waze turut menambah sebuah ciri baharu, iaitu kebolehan melakukan laporan menggunakan input suara.

Dengan penawaran ini, apabila anda memilih untuk melaporkan sesuatu insiden, ia akan kini memaparkan input suara, dan seterusnya anda boleh melakukan penerangan berkenaan apa yang terjadi, dan berkongsi dengan pengguna jalan raya yang lain.
Ciri baharu ini dilihat sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna tempatan, dan mungkin diperkenalkan semua dalam sebulan dua lagi.
Selain Waze, bagi pengguna tempatan, anda juga turut boleh mencuba satu lagi aplikasi navigasi menarik yang dibangunkan di Malaysia, iaitu Tuju.