OpenClaw Perkenal Aplikasi Rasmi Untuk Android Dan iPhone
Aman
Beberapa bulan lepas, OpenClaw sedia mencuri perhatian ramai melalui penawaran AI berejen mereka yang boleh ditetapkan untuk melakukan sejumlah tugasan secara automatik tanpa pemantauan menyeluruh. Kini, setelah dinantikan sekian lama, pihak OpenClaw secara rasminya melancarkan aplikasi mereka untuk iOS dan Android.

Dengan aplikasi ini, pengguna dengan mudah boleh menguruskan ejen AI mereka, termasuk untuk berkomunikasi, membuat pengesahan, mahupun memberikan akses kepada sejumlah ciri pada peranti seperti kamera, lokasi, kalendar dan sebagainya.
Bagi anda yang aktif menggunakan OpenClaw, boleh mencuba aplikasi OpenClaw ini di Android dan iOS – seterusnya memastikan ejen AI anda beroperasi sepanjang masa, dimana-mana anda berada.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.