Gamuda Turut Mempunyai Model Bahasa Raya Tersendiri Dinamakan Wira-LLM
Aman
Gamuda merupakan salah satu jenama yang tidak asing lagi bagi ramai rakyat tempatan, dimana mereka terkenal dengan pembangunan hartanah, selain turut menceburi pelbagai arena lain, termasuk teknologi. Dengan perkembangan arena kecerdasan buatan, pihak Gamuda turut tidak ingin ketinggalan dan hadir dengan model bahasa raya mereka tersendiri, dinamakan Wira-LLM.
Wira-LLM dibangunkan di bawah Gamuda Technologies, dan turut membawakan pengoptimasian dalam penggunaan bahasa Melayu. Mengikut penanda aras MalayMMLU, Wira-LLM dikatakan telah mencapai skor purata 89.20% meliputi sekitar 22 subjek tempatan, termasuk Bahasa Melayu, sejarah, sains dan lain-lain.
Gamuda turut menyatakan model mereka boleh dijalankan pada mana-mana perkakasan, sekaligus membolehkan ia beroperasi secara bebas tanpa bergantung kepada sebarang keperluan atau integrasi yang lain.
Walau bagaimanapun, buat masa ini, ia sekadar pengumuman daripada Gamuda, dan mereka belum berkongsi sebarang kod atau akses untuk mengujinya untuk orang awam buat masa ini.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.