Google Nano Banana 2 Lite Boleh Menjana Imej Dalam Masa 4 Saat Sahaja
Effi Saharudin
Google melancarkan model kecerdasan buatan (AI) generatif Nano Banana 2 Lite hari ini dengan ia boleh menjana satu gambar dalam masa hanya 4 saat berbanding sekitar 16 saat diperlukan oleh Nano Banana 2.

Nano Banana 2 Lite dilancarkan sebagai alat menjana imej konsep atau prototaip pantas yang tidak memerlukan kualiti serta keperincian tinggi dengan kos yang rendah. Dalam demo yang dikongsi oleh Google, dalam masa 60 saat Nano Banana 2 Lite boleh menjana sehingga 21 imej dalam masa 60 saat menggunakan satu prom yang sama. Sementara itu Nano Banana 2 hanya boleh menjana 3 imej sahaja dalam tempoh masa yang sama.
Nano Banana 2 Lite sudah boleh diakses pelanggan menerusi Google AI Studio, Gemini API dan Gemini Enterprise Agent Platform. Pada waktu sama ia juga telah digunakan dalam sistem AI Mode di Search, aplikasi Gemini dan pelbagai lagi platform di bawah payung Google.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.