Instagram Menambah Integrasi Shopee Affiliate – Memudahkan Pengguna Mempromosikan Barangan Shopee
Aman
Meta dan Shopee kini dilihat terus memperluaskan kerjasama melibatkan edagang, dimana kini Instagram mengaktifkan ciri sekutu untuk pengguna tempatan, membolehkan para pengguna pautkan akaun dengan Shopee Affiliate, dan seterusnya mempromosikan barangan dan menjana pendapatan melaluinya.

Dengan langkah ini, pengguna tidak perlu berkongsi pautan melalui bio profil, tetapi sebaliknya boleh menerbitkan kandungan Reels atau di Instagram Feed, dan seterusnya tambah produk Shopee untuk di tag bersama perkongsian berkenaan.
Untuk mula mengaktifkan ciri ini pada Instagram anda, akaun Instagram anda mestilah merupakan akaun Professional dan mempunyai sekurang-kurangnya 1000 pengikut. Untuk menghubungkan akaun anda ke program sekutu Shopee, anda hanya ke profil di Instagram, tap pada bahagian Professional Dashboard > Affiliate Programmes > Shopee. Anda kemudian akan diminta untuk pautkan ke akaun Shopee anda.

Untuk melakukan perkongsian pula, ketika melakukan perkongsian, anda boleh memilih Add Products > Shopee Affiliates.
Bagi anda yang merupakan pengguna tegar Instagram, dan turut mempunyai akaun Shopee Affiliate, boleh mencubanya hari ini.