Meta Rancang Untuk Memulakan Perniagaan Menjual Infrastruktur Awanan – Bersaing Dengan AWS, Google Cloud
Aman
Meta, syarikat sebalik Facebook, WhatsApp dan Instagram sedia melakukan pelaburan tinggi dalam pembangunan kecerdasan buatan janaan, Meta AI. Ini termasuk kepada pembangunan pusat data untuk menyokong penawaran Meta AI. Buat masa ini, penggunaan Meta AI masih rendah, disebabkan modelnya yang dilihat tidak begitu baik berbanding dengan penawaran OpenAI, Google dan Anthropic.
Melihat kepada perkara ini, Meta mempunyai tenaga pemprosesan dan perkomputeran tinggi yang tidak digunakan. Ini sekaligus membuka ruangan kepada perniagaan baharu dibawah mereka.
Mengikut laporan, Meta sedang merancang untuk menubuhkan perniagaan memfokuskan infrastruktur awanan, sekaligus menjual tenaga perkomputeran dan juga model AI kepada syarikat lain. Bentuk perniagaannya dijangka menyerupai Google Cloud dan yang lain.
Untuk makluman, sebelum ini xAI turut melakukan pelaburan tinggi dalam membangunkan pusat data mereka, dan seterusnya kini menjual tenaga perkomputeran kepada pihak lain, termasuk Anthropic.
Langkah ini dijangka akan membentuk pendapatan baharu bagi Meta, sementara menantikan Meta benar-benar menambah-baik dan terus membangunkan model kecerdasan buatan mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.