Xbox Dilaporkan Menguji Ciri Mendigitalkan Permainan Fizikal
Effi Saharudin
Sony secara mengejut mengumumkan pengeluaran permainan video fizikal dalam bentuk cakera akan ditamatkan bermula Januari 2028. Reaksi orang ramai adalah negatif kerana ia dilihat sebagai usaha membunuh pasaran permainan fizikal. Ia juga dilihat sebagai petanda awal konsol generasi seterusnya PlayStation tidak akan dilengkapi pemacu optik yang membuatkan permainan fizikal PS5 dan PS4 tidak boleh dimainkan.

Tetapi The Verge melaporkan Microsoft sedang menguji ciri yang akan menyelesaikan isu ini pada konsol Xbox. Ciri “enabled Disc2Digital” ditemukan dalam kod pembangunan membolehkan permainan fizikal yang dimiliki diubah menjadi permainan digital. Ia akan disimpan di bawah akaun pengguna sepanjang masa.
Adalah dipercayai permainan fizikal Xbox Series S/X dan Xbox One akan menerima sokongan ciri ini. Selepas diubah menjadi digital, ia boleh diakses dalam stor sama seperti permainan digital yang lain. Ia kemudiannya boleh diakses pada konsol Xbox, konsol mudah, PC atau distrim menggunakan perkhidmatan awanan.
Microsoft tidak memberikan kenyataan sama ada berita ini sahih ataupun tidak. Ura-ura sebelum ini mengatakan konsol Xbox generasi seterusnya tidak akan ditawarkan dengan pemacu optik sama seperti Xbox Series generasi seterusnya.,