Meta Meningkatkan Kecekapan AI Yang Membaca Gelombang Otak Untuk Menaip
Effi Saharudin
Meta mengumumkan kecerdasan buatan (AI) Brain2Qwerty V2 yang meningkatkan kemampuan membaca gelombang otak manusia untuk menaip. Tahun lalu mesin Magnetoencephalography (MEG) yang dipadankan dengan Brain2Qwerty untuk membaca gelombang otak seperti mesin Cerebro komik X-Men.

Mesin ini tidak memerlukan elektrod ditanam ke dalam otak atau sebarang pembedahan dilakukan untuk sistem berfungsi. Brain2Qwerty v2 mempunyai ketepatan 61% membaca gelombang otak untuk menaip yang lebih tinggi berbanding 8% menggunakan kaedah lain.
Perbezaan antara Brain2Qwerty V2 dan Brain2Qwerty V1 ialah, V2 membaca gelombang otak dalam bentuk perkataan dan bukannya abjad seperti V1. Secara keseluruhan ketepatan membaca gelombang otak V2 lebih tinggi berbanding V1.
Sistem ini dibangunkan oleh Meta bagi membolehkan individu yang hilang keupayaan bercakap kerana serangan strok untuk kembali berkomunikasi. Meta bekerjasama dengan Pusat Kognisi, Otak dan Bahasa Basque, Sepanyol untuk menguji sistem yang dibangunkan. Projek sistem menaip dengan hanya berfikir telah dibangunkan oleh Meta sejak 2017.