Ciri Ray-Ban Meta Yang Dahulu Percuma Kini Memerlukan Langganan Bulanan
Effi Saharudin
Selamat data ke zaman edan kecerdasan buatan. Ciri yang dahulunya diberikan percuma untuk dicuba kini memerlukan langganan bulanan. Terkini, Meta mula mengunci ciri Conversation Focus pada Ray-Ban Meta yang dahulunya boleh digunakan tanpa had dengan bayaran bulanan.

Conversation Focus menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan suara individu yang sedang melakukan perbualan dengan pengguna Ray-Ban Meta dalam situasi kawasan sekeliling yang bising. Laman FAQ Meta mengatakan Conversation Focus boleh digunakan percuma selama 3 jam sebulan sahaja. Selepas kuota percuma habis digunakan, langganan Meta One Premium berharga $20 perlu dilakukan.
Yang menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pemilik ialah Conversation Focus diproses terus pada peranti tanpa menggunakan pemprosesan awanan Meta. Ciri Conversation Focus hanya disokong secara rasmi di Effi, disusun semula dalam satu ayat yang kemas:Australia, Austria, Belgium, Denmark, Finland, India, Ireland, Itali, Jepun, Jerman, Kanada, Korea Selatan, Mexico, Netherlands, Norway, Perancis, Sepanyol, Sweden, UAE, dan Amerika Syarikat dalam Bahasa Inggeris.