OpenAI Dilaporkan Ingin Beri 5% Pegangan Pada Kerajaan Amerika Syarikat
Aman
Kerajaan Amerika Syarikat sebelum ini sedia mendapatkan pegangan pada syarikat Intel sebanyak 10%, selain turut mempertimbangkan dalam mendapatkan pegangan pada syarikat kecerdasan buatan. Selari dengannya, kini hadir laporan mengatakan OpenAI telah menawarkan kepada kerajaan Amerika Syarikat sebanyak 5% pegangan pada syarikat OpenAI.
Perkara ini dikatakan masih lagi pada peringkat perbincangan bersama pentadbiran Donald Trump di Amerika Syarikat. Pemberian pegangan sebanyak 5% akan menilaikan pemberian berkenaan berjumlah sekitar $42.6 bilion mengikut suntikan dana terakhir syarikat OpenAI.
Laporan ini hadir selepas sebelum ini ia dilihat kerajaan Amerika Syarikat mula mengambil langkah untuk melambatkan penawaran model kecerdasan buatan baharu, malah telah meminta Anthropic untuk menghalang akses model terbaru mereka kepada pengguna bukan rakyat Amerika. Dengan pegangan saham terus oleh kerajaan Amerika Syarikat, tidak diketahui sama ada perkara berkenaan akan dapat diatasi atau sebaliknya.
Pada masa yang sama juga, ia akan menjadi tanda tanya sama ada negara-negara lain akan selesa untuk menggunakan produk OpenAI yang mempunyai pegangan kerajaan Amerika – terutamanya untuk penggunaan dalam urusan pentadbiran dan operasi kerajaan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.