Edits Kini Menyokong Kapsyen Dwibahasa
Effi Saharudin
Edits yang merupakan pesaing CapCut daripada Meta sekali lagi dikemaskini dengan ciri kapsyen menyokong dwibahasa, pilihan suntingan templat lebih baik dan kesan bunyi mengikut musim. Dengan sokongan kapsyen dwibahasa, Edit boleh menjana kapsyen sekunder dalam bahasa Bengali, Jerman, Gujarati, Hindi, Indonesia, Inggeris, Itali, Jepun, Kannada, Korea, Portugis, Rusia, Sepanyol, Thai, dan Perancis.

Seterusnya pengguna boleh menghasilkan tempat yang lebih kompleks dengan kemampuan mengunci kedudukan klip. Oleh itu sesiapa sahaja boleh menggunakan semula templat yang dihasilkan dengan mudah. Akhir sekali pilihan audio bermusim diperkenalkan. Sempena musim panas yang baru bermula, beberapa kesan audio boleh dimasukkan ke dalam klip video yang sedang disunting. Kesemua ciri ini sudah boleh digunakan dalam aplikasi Edits hari ini.
Sumber – @Threads
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.