Samsung Mungkin Menamatkan Siri Z Flip Selepas Galaxy Z Flip8 Dilancarkan
Effi Saharudin
Adakah siri Galaxy Z Flip akan berkubur? Ini adalah ura-ura yang mula tersebar di arena web. Menurut laporan Sammobile, Samsung Galaxy Z Flip8 akan menjadi peranti Galaxy Z Flip yang terakhir dikeluarkan. Selepas ini tumpuan akan diberikan kepada siri Galaxy Z Fold sahaja.

Ura-ura muncul kerana tahun ini Samsung Galaxy Z Fold8 Ultra dan Z Fold8 Wide akan dilancarkan sekali. Saiz Galaxy Z Fold8 Wide adalah kompak membuatkan tiada lagi keperluan melancarkan siri Galaxy Z Flip. Berita ini masih sekadar ura-ura tetapi apabila dilihat di luar sana, lebih ramai pembeli membeli siri Galaxy Z Fold berbanding Galaxy Z Flip. Dengan krisis bekalan RAM semasa, Samsung perlu lebih memilih produk mana perlu diberikan kepentingan untuk dikeluarkan.
Seperti kami laporkan pagi ini, Apple sangat mempercayai wujud permintaan untuk peranti skrin lipat lebar iPhone Ultra sehingga menetapkan sasaran 10 juta unit pengeluaran tahun ini. Galaxy Z Fold8 Wide akan bersaing secara terus dengan iPhone Ultra. Siapa akan menang? Kita akan tahu jawapannya kelak.