ShopeeVIP Di Malaysia Kini Mempunyai 1 Juta Pengguna
Aman
Shopee pada acara Shopee Seller Summit yang diadakan minggu ini, berkongsi menyatakan yang mana perkhidmatan langganan mereka, ShopeeVIP kini dilanggan oleh 1 juta pengguna – sekaligus menjadikan ia antara penawaran langganan yang menarik dan sangat berbaloi untuk mereka yang aktif membeli-belah di Shopee.

Mengikut data Shopee, pelanggan ShopeeVIP berbelanja 1.2 kali ganda lebih tinggi berbanding pengguna biasa di platform tersebut. Ini juga selari dengan penawaran seperti penghantaran percuma dan juga sejumlah baucar untuk pelanggan ShopeeVIP.
Tidak setakat itu, ShopeeVIP yang berharga RM6.90 sebulan ini turut menyertakan akses tiga bulan untuk ChatGPT Go (untuk pelanggan baharu), selain langganan Dualingo untuk sebulan (untuk pelanggan baharu). Bagi anda yang aktif membeli-belah di Shopee, mungkin boleh mendapatkan langganan ShopeeVIP untuk diskaun lanjutan.
Pada acara sama juga, pihak Shopee menyatakan kini 7 daripada 10 pengguna di Malaysia mempunyai aplikasi Shopee terpasang pada peranti mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.