Google Jadualkan Acara Pelancaran Siri Pixel 11 Pada 12 Ogos
Effi Saharudin
Pagi ini selain Samsung mengesahkan acara Galaxy Unpacked di London pada 22 Julai depan, Google juga mengumumkan acara khas akan berlangsung di New York pada 12 Ogos. Di acara ini pelancaran siri Google Pixel 11, Pixel Watch 5 dan Pixel Buds baharu akan dilakukan. Wakil media mula menerima jemputan mereka awal pagi tadi.

Siri Pixel 11 dijangka membawakan penambahbaikan pada cip Google Tensor G6. Maklumat yang tertiris menunjukkan prestasi CPU dipertingkatkan tetapi GPU masih lagi ketinggalan berbanding pada cip Snapdragon, Exynos, Dimensity dan Apple A.
Berdasarkan pengumuman di Google I/O pada bulan Mei lalu, siri Pixel 11 sekali lagi memberikan penekanan pada perisian Android 17 serta pelbagai ciri kecerdasan buatan (AI) seperti ejen terbina pada peranti serta kemampuan menjawab soalan dengan lebih tepat.
Sumber – Mark Gurman
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.