OpenAI Akan Lancar Model GPT-5.6 Untuk Semua Bermula Esok
Aman
OpenAI kini memaklumkan akan melancarkan model GPT terbaru mereka, iaitu GPT-5.6 secara rasmi kepada umum bermula esok. Sebanyak tiga model ditawarkan dibawah versi baharu ini, iaitu Sol, Terra dan juga Luna – dengan Sol adalah model yang paling berprestasi tinggi.

Sebelum ini, OpenAI telah mengumumkan model baharu berkenaan sekitar dua minggu lepas, namun ia tidak ditawarkan kepada umum memandangkan perlu melalui proses pengesahan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat terlebih dahulu.
Ketika pengumuman sebelum ini, OpenAI mengatakan mereka berharap kerajaan tidak mengekalkan proses pengesahan seperti ini untuk pelancaran model baharu bagi jangka masa panjang. Langkah ini juga turut menerima kritikan ramai pihak, terutamanya pengguna dari luar Amerika Syarikat.
Anthropic sendiri sebelum ini terpaksa membatalkan penawaran Fable 5 dibawah Claude, disebabkan permintaan kerajaan Amerika Syarikat, sebelum ia ditawarkan semula sejak minggu lepas kepada umum. Kerajaan Amerika Syarikat telah mula lebih aktif melibatkan diri dalam arena kecerdasan buatan ini, dan melakukan pelbagai kawalan – membuatkan pelbagai negara kini ingin membangunkan model berdaulat mereka tersendiri.
Apa pun, kembali kepada OpenAI, sama-sama kita nantikan GPT-5.6, dan melihat bagaimana GPT-5.6 Sol beroperasi untuk pengaturcaraan dan keselamatan siber melalui penawaran umumnya bermula esok.