Model OpenAI GPT-Live Boleh Bercakap dan Mendengar Secara Serentak
Effi Saharudin
OpenAI melancarkan model kecerdasan buatan (AI)baharu GPT-Live-1 dan GPT-Live-1 mini dengan ia mempunyai kemampuan duplex iaitu bercakap dan mendengar pada waktu yang sama seperti manusia. Ia adalah penambahn baikan berbanding model suara yang digunakan sebelum ini.

Dengan GPT-Live-1, perbualan dengan AI akan menjadi lebih semula jadi dan realistik dengan kemampuan ketawa, menghela nafas dan mengubah intonasi suara seperti manusia sebenar. Ia tahun bila perlu diam dan bila ia perlu bercakap semasa digunakan. Kadang kala ia akan hanya mengeluarkan bunyi “hmmm” dan “ya” sebagai petanda ia masih mendengar apa yang sedang dibualkan.
Untuk tugasan kompleks, GPT‑Live‑1 akan merujuk kepada GPT‑5.5 untuk melakukan pemikiran lebih mendalam dengan ia boleh melakukan carian web secara masa nyata dan terjemahan langsung yang dipertingkatkan. Dari sudut keselamatan pula, jika pengguna membincangkan topik berbahaya seperti mencederakan diri atau berunsur keganasan, model akan memberikan maklumat mendapatkan bantuan serta boleh menamatkan perbualan .
GPT‑Live kini boleh diakses semua pengguna ChatGPT di seluruh dunia dalam aplikasi Android, iOS dan ChatGPT.com. GPT‑Live‑1 akan menjadi model lalai yang menguasakan ChatGPT Voice untuk pengguna Go, Plus dan Pro. GPT-Live-1 mini pula adalah untuk pengguna percuma.