Wally Funk, Wanita Tertua Ke Angkasa Lepas Meninggal Dunia
Effi Saharudin
Mary Wallace “Wally” Funk menjadi manusia tertua ke angkasa lepas pada usia 82 tahun menerusi Blue Origin Blue Sheperd yang dilancarkan pada 20 Julai 2021. Pagi ini Wally Funk telah meninggal dunia pada usia 87 tahun di Texas, Amerika Syarikat. Sebab kematian tidak didedahkan tetapi beliau sebelum ini telah terjatuh beberapa kali dan tinggal di pusat penjagaan warna emas.

Mendiang Funk memecahkan rekod yang dipegang John Glenn yang berusia 77 tahun apabila kembali ke angkasa lepas pada tahun 1998. Wally Funk dipilih kerana pernah menjalani program angkasawan wanita Mercury 13 pada dekad 60an.
Walaupun melepasi kesemua keperluan yang ditetapkan oleh NASA, beliau tidak pernah dipilih untuk ke angkasa lepas kerana program hanya menerima lelaki. Menarik sekali dapat beberapa ujian yang dijalankan oleh NASA, markah yang dicatatkan oleh Funk lebih tinggi berbanding yang dicatatkan John Glenn
Pada dekad 70an apabila program NASA mula dibuka untuk wanita, Funk sekali lagi tidak layak kerana tidak memegang ijazah sarjana atau mempunyai pengalaman menjadi juruterbang ujian. Walaupun gagal beberapa kali, Funk tidak pernah berputus asal dan berkempen untuk menggalakkan pembabitan wanita dalam program angkasa lepas.