Permintaan Dan Penggunaan Bekalan Elektrik Akan Jauh Melangkaui Kebolehan Membina Infrastruktur – Laporan Gartner
Nazrin
Gartner baru-baru ini telah mengeluarkan laporan yang mengeluarkan laporan bahawa penggunaan kuasa oleh pusat data telah meningkat secara mendadak, dan dalam masa terdekat ini, permintaan untuk penggunaan kuasa elektrik oleh sektor ini akan jauh melangkaui kebolehan syarikat bekalan kuasa untuk membina infrastruktur kuasa untuk memenuhi permintaan.
Laporan tersebut mengatakan bahawa penggunaan kuasa oleh pusat-pusat data secara global akan meningkat sebanyak 26 peratus dari 447TWh (terawatt hour) dari 2025 ke 565TWh pada tahun ini. Menurut Linglan Wang, pengarah analis di Gartner, salah satu kekangan terbesar untuk pembangunan dan operasi pusat data ialah bekalan kuasa elektrik secara global yang tidak boleh menyaingi betapa pesatnya pusat data sedang dibangunkan sekarang.
Malah, permintaan bekalan kuasa global untuk keperluan pembangunan dan operasi pusat data dilihat telah meningkat ke 132GW menjelang penghujung tahun ini, dari 104GW berbanding tahun lepas, menunjukkan peningkatan permintaan sebanyak 27 peratus dari tahun ke tahun. Lebih mengejutkan lagi, permintaan pada tahun ini adalah untuk kapasiti bekalan kuasa yang belum dibangunkan lagi, dan angka tersebut dijangka akan melonjak sehingga 290GW pada tahun 2030 kelak.
Ia tidak akan mengejutkan orang ramai bahawa laporan ini turut mengatakan bahawa pusat data yang dioptimasikan untuk kegunaan perkhidmatan AI (generatif dan lain-lain) merupakan dalang utama peningkatan penggunaan bekalan elektrik pusat data sepanjang tahun ini. Menurut laporan Gartner, 31 peratus daripada penggunaan bekalan elektrik adalah dari pusat data yang dioptimasikan untuk perkhidmatan dan teknologi AI sahaja.
Apabila penggunaan bekalan elektrik dibandingkan dipisahkan dari sektor ke sektor (pusat data konvensional vs pusat data AI), penggunaan kuasa oleh pusat data yang dioptimasikan untuk perkhidmatan AI mencatatkan peningkatan penggunaan kuasa setinggi 83.6 peratus pada tahun 2025 (83.6 TWh), dan akan meningkat lagi sebanyak 84.2 peratus dari tahun ke tahun pada tahun 2026 (175TWh), dan akan melangkaui jumlah penggunaan bekalan elektrik pusat data konvensional menjelang tahun 2027 (258TWh).

Bukan itu sahaja, jumlah kuasa yang diperlukan untuk menguasakan infrastruktur penyejukan dan lain-lain juga dianggarkan akan meningkat sehingga 243 TWh menjelang tahun 2027 dan secara keseluruhan ia dianggarkan bahawa pada penghujung tahun hadapan, industri pusat data global sahaja dianggarkan akan menggunakan bekalan elektrik sebanyak 702TWh untuk berfungsi.
Selari dengan permintaan bekalan kuasa 290GW menjelang tahun 2030, Gartner menganggarkan bahawa industri pusat data akan menggunakan sebanyak 1200TWh untuk operasi mereka sahaja. Disinilah dimana isu terbesar industri ini dapat dilihat, dimana grid bekalan kuasa global tidak akan dapat membangunkan infrastruktur tersebut pada kadar yang diperlukan untuk menampung operasi ini.
Sebelum ini kami juga telah melaporkan bahawa syarikat-syarikat seperti Meta, Amazon, Google dan Microsoft sudahpun mula memikirkan atau sedang membangunkan grid bekalan kuasa menggunakan tenaga nuklear untuk janaan kuasa yang bukan sahaja bersih, tetapi dengan kapasiti yang mencukupi untuk menguasakan impian pusat data AI mereka.
Sumber: Gartner