Razer Hammerhead V3 X HyperSpeed Edisi Xbox Dan PlayStation Diperkenalkan – Harga RM469
Amy Maizuraa
Razer telah melancarkan fon telinga nirwayar Hammerhead V3 X HyperSpeed edisi khas untuk konsol Xbox dan PlayStation. Model ini pada asasnya sama dengan versi yang dilancarkan pada April 2026 dengan perbezaan utama hanya pada warna dan penjenamaan. Untuk edisi Xbox, rekaan hadir dalam warna hitam dengan hijau di bahagian dalam pod pengecas manakala PlayStation diperkenalkan dengan warna putih ala PS5 lengkap dengan logo rasmi.


Dari segi spesifikasi, kedua-dua edisi khas ini masih mengekalkan ciri asal seperti hayat bateri sehingga 10 jam (35 jam dengan pod pengecas), sambungan melalui Bluetooth 5.3 dengan dwi‑peranti serentak, penarafan IPX4 untuk ketahanan percikan air serta audio spatial yang disesuaikan bagi konsol berkenaan. Walaupun perubahan dilakukan hanya pada kosmetik, harga edisi khas ini lebih tinggi iaitu RM469 berbanding model asas yang dijual pada RM399.
