Dengan Long March 10B, China Juga Mempunyai Roket Yang Boleh Kembali Mendarat Ke Bumi
Effi Saharudin
China menjadi negara kedua selepas Amerika Syarikat mempunyai sistem roket yang boleh kembali mendarat ke bumi selepas dilancarkan. Pada jam 12.15 tengah hari tadi, sebuah roket Long March 10B dilancarkan daripada Tapak Pelancaran Kapal Angkasa Wenchang di Hainan. Selepas berjaya meletakkan kargo satelit ke orbit yang ditetapkan, ia kembali semula ke bumi dan ditangkap oleh sistem cangkuk pada sebuah platform di atas permukaan laut.

Roket ini dibangunkan oleh Akademi Teknologi Kenderaan Pelancaran China dengan ia kali pertama sistem berjaya mendarat semula. Dua percubaan sebelum ini berakhir dengan kegagalan. Dengan Long March 10B yang boleh membawa kargo sehingga 16 tan metrik, China ingin melakukan misi mendarat di Bulan seperti Misi Artemis oleh NASA.
Kejayaan hari ini ialah kemuncak program yang dimulakan 10 tahun lalu bagi memberikan China kemampuan yang sama seperti SpaceX dan Blue Origin yang mempunyai sistem roket mendarat kembali sendiri.
Long March 10B adalah setinggi bangunan 20 tingkat dan dilengkapi tujuh enjin roket berkuasa tinggi. Kemampuannya ialah setanding Falcon 9 yang melakukan pendaratan semula dengan jayanya kali pertama pada tahun 2015. Tidak seperti Falcon 9, Long March 10B tidak mempunyai kaki untuk mendarat. Sistem cangkuk digunakan pada waktu ini sebelum sistem kaki diperkenalkan di masa hadapan.
Sumber – Global Times