Lovable Dilaporkan Dalam Proses Meraih Suntikan Dana Pada Nilai Mencapai $13.2 Bilion
Aman
Lovable merupakan salah satu platform memfokuskan sempoicara, menggunakan kecerdasan buatan janaan dalam menghasilkan aplikasi atau web. Ia sedia digunakan ramai dalam melakukan sejumlah projek-projek ringkas dan membangunkan penyelesaian untuk penggunaan kendiri.

Terbaru, ia dilaporkan Lovable sedang dalam proses meraih dana sebanyak $300 juta, menilaikan syarikat mereka sekitar $13.2 bilion. Sebelum ini, pada Disember 2025 lepas, Lovable dinilaikan sekitar $6.6 bilion, dan penilaian kali ini dilihat sekali ganda berbanding tempoh sekitar 7 bulan lepas.
Selain Lovable, terdapat beberapa perkhidmatan lain yang menawarkan sokongan sempoicara, dan antara yang popular adalah termasuk Replit dan juga Bolt. Disamping itu, penyedia perkhidmatan kecerdasan buatan utama seperti ChatGPT dan Anthropic turut dilihat melakukan pelaburan tinggi dalam mengoptimasikan model masing-masing untuk pengaturcaraan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.