Apple Memfailkan Saman Atas OpenAI – Mengatakan OpenAI Mencuri Rahsia Dagangan
Aman
Apple kini telah memfailkan saman ke atas OpenAI, menyatakan OpenAI telah mencuri rahsia dagangan mereka melalui bekas pekerja.

Apple menyatakan pasukan mereka sering kali membangunkan pelbagai teknologi dan inovasi baharu untuk produk dan perkhidmatan terbaik di dunia, dan melindungi hasil kerja mereka adalah sesuatu yang dititikberatkan. Mereka telah mendapati terdapat bukti yang mencukupi, menyatakan seorang yang diambil bekerja di OpenAI telah salahguna dan mengambil rahsia serta maklumat berkenaan teknologi yang masih belum dilancarkan ke OpenAI.
Apple menekankan mereka akan mengambil semua langkah yang sesuai dalam melindungi hasil kerja dan usaha pasukan mereka, termasuk inovasi yang dibangunkan. Beberapa perkara didakwa Apple dilakukan oleh OpenAI yang melangggar pelbagai perkara, termasuk meminta orang yang ditemuramah untuk diambil kerja OpenAI untuk membawa maklumat dan dokumen teknikal dari Apple, selain turut memperdaya rakan kerjasama Apple untuk mengakses teknologi kemasan produk.
Apple turut mengatakan mereka telah menghubungi pihak OpenAI berkenaan perkara ini, dan meminta OpenAI menyiasat berkenaan dengannya. Namun, pihak OpenAI tidak memberikan sebarang respon kepada Apple.
Walaupun difailkan saman ini, ia dikatakan kerjasama Apple dan OpenAI untuk integrasi ChatGPT pada produk Apple tidak terkesan disebabkan oleh hal ini.