Pengeluaran Telefon Pintar Q2 2026 Di Tahap Terendah Sejak 2013 Disebabkan Krisis RAM
Effi Saharudin
Seperti yang telah diramalkan sejak tahun lalu, pengeluaran telefon pintar akan susut mendadak tahun ini disebabkan krisis bekalan RAM. Menurut laporan terkini oleh Counterpoint Research, pengeluaran telefon pintar pada Q2 2026 susut 11% berbanding suku sama tahun lalu. Ia telah susut ke tahap paling rendah sejak 2013.

Samsung masih di tangga teratas dengan pengangan 24% pasaran diikuti oleh Apple (20%), Xiaomi (12%), Oppo (11%) dan Vivo (8%). Walaupun pengeluaran telefon pintar susut pada Q2 2026, Samsung dan Apple mengembangkan peratusan pegangan syarikat sementara syarikat lain menghadapi penyusutan.
Xiaomi, Oppo dan Vivo sebelum ini dilaporkan telah mengurangkan sasaran pengeluaran telefon pintar mereka sepanjang 2026. Selain faktor krisis bekalan RAM dan harga meningkat, perang Asia Barat turut menyebabkan pengeluaran peranti tahun ini akan terjejas berbanding 2025.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.