Google NotebookLM Dijenamakan Semula Menjadi Gemini Notebook
Effi Saharudin
Tiga tahun lalu, Google NotebookLM dilancarkan sebagai alat merumuskan dokumen panjang seperti nota kuliah untuk memudahkan ia dibaca. Ia adalah alat yang saya sendiri gunakan untuk merancang karya panjang yang memerlukan lebih daripada satu sumber rujukan. Ia kemudian hadir dengan ciri mengubah nota menjadi nota audio sebelum kemudian boleh juga menjana podsiar secara automatik.

Dengan cirinya sudah semakin berkembang dan maju, Google menjenamakan semula NotebookLM kepada Gemini Notebook pagi ini. Setakat ini Gemini Notebook telah diakses 30 juta pengguna serta 600,000 organisasi. Ia masih kekal sebagai produk kendiri yang digunakan sebagai alat penyelidikan utama dengan integrasi aplikasi Gemini dan Google Search secara lebih mendalam.
Dengan pejenamaan semula, Gemini Notebook ini menerima ciri perkomputeran awanan selamat secara terbina. Ia turut boleh menulis dan melaksanakan kod secara natif seterusnya memudahkan analisis data kompleks berdasarkan sumber pengguna. Kelak Gemini Notebook juga boleh diakses dalam AI Mode Google Search selain menerusi aplikasi Gemini serta Gemini Notebook.
Ciri baharu ini boleh digunakan pelanggan Google AI Ultra dan Woerkspace bermula hari ini. Bagi pelanggan Google AI Pro pula, ia boleh diakses menerusi web dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.