Google DeepMind Gunakan AI Memantau Patogen, Menentang Wabak dan Cipta Vaksin
Effi Saharudin
Kecerdasan buatan (AI) mempunyai reputasi buruk kerana ia memacu pembangunan pusat data yang menggunakan tenaga tinggi, bekalan air yang banyak dan menyebabkan krisis RAM sekarang. Tetapi tidak semua AI adalah penyebab keburukan. Google DeepMind dan Isomorphic Labs menyedari AI boleh digunakan untuk mencipta senjata biologi. Oleh itu program ketahanan biologi diumumkan bagi menentang ancaman ini.

Landskap biosekuriti global semakin kompleks akibat perubahan ekosistem, perjalanan antarabangsa, dan risiko penyalahgunaan AI. Namun begitu AI juga ialah sebuah alat kritikal untuk meningkatkan kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap wabak masa depan.
Bagi memastikan model selamat digunakan, proses keselamatan empat langkah digunakan iaitu pemodelan ancaman, penilaian, mitigasi dan pemantauan. DeepMind juga sedang berusaha menyesuaikan teknologi teran air SynthID kami kepada biologi, yang boleh membantu penyedia sintesis DNA menapis jujukan biologi yang berpotensi berisiko dan dijana oleh AI.
Apabila wabak dikesan awal, AlphaEvolve mengoptimumkan algoritma untuk mempercepat analisis DNA dan mengurangkan kos pemantauan penyakit global. AlphaGenome digunakan untuk mengenal pasti patogen baharu dengan lebih cepat daripada kaedah tradisional.
Seterusnya sistem AI terkini DeepMind mempercepatkan pembangunan vaksin dan langkh menentang serangan biologi bagi ancaman baharu serta sedia ada. Isomorphic Labs menubuhkan unit khas untuk menggunakan enjin reka bentuk ubat untuk wabak baharu.
Akhir sekali DeepMind dan Isomorphic Labs memberikan komitmen untuk bekerjasama secara terbuka dengan makmal biosekuriti, kerajaan dan komuniti saintifik bagi memastikan AI dibangunkan secara bertanggungjawab untuk melindungi masyarakat.